Hari ini Batrisya dan Hafiza bersiap-siap pulang ke kampung Batrisya yang
terletak di Kedah.Perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam itu memang memenatkan Batrisya kerana dia mengambil keputusan untuk memandu kereta kesayangannya,Myvi.Al-maklumlah baru bekerja.
Tepat jam 2.00 petang mereka sampai ke destinasi.Sejuk hati kedua ibu bapa Batrisya apabila melihatnya pulang.
“Mak ai…semuanya datang.Pak long,Mak Ngah,Mak Su kau pun datang Isya,!”
“Entah-entah mak kau nak buat kenduri kahwin kau sekali kot”,kata Fiza sambil melihat kawannya yang muncung sedepa.Bukan dia tak tau bahawa Batrisya ni memang ‘hangin’
sikit bila soal kahwin dengan bab lelaki diajukan.
“Mak cik oiii…jaga mulut kau baik-baik sikit.Mesti la ramai orang kata pun majlis arwah..kau ni saje je nak kene karate je dengan aku.,”bidas Batrisya yang sedang menahan geram sambil mengepal-ngepal tangannya itu.
“Relaks la,”balas Hafiza sambil menahan tawanya apabila melihat saja muka rakannya seperti harimau ingin memakan mangsanya.
Tuk!Tuk!.Terkejut mereka apabila muka Pn. Anizah berada di tingkap tempat memandu.Mereka hanya tersengih bila Pn. Anizah memberi isyarat kepada mereka untuk keluar daripada kereta.
“Anak dara dua orang ni…apalah yang dibualkannya di dalam kereta sampai tak sedar dah sampai,”bebel Pn. Anizah usai mereka keluar daripada isi perut kereta Myvi itu.Mereka berdua hanya tersenyum sumbing.
Seraya itu Batrisya terus mendapatkan tangan ibunya dan menyalami tangan itu.
Selepas itu diikuti dengan Hafiza pula yang sudah dianggap sebagai anak kandung Pn. Anizah sendiri.Mereka juga menyalami saudara mara yang ada di situ.
“Batrisya dah makin cantik sekarang,”,kata Mak Ngah.
“Mestilah Mak Ngah,adik saya yang tersayang ni kan doctor sekarang.Lepas ni nak makan nasi minyak dia pulak,”sindir abangnya itu.
Lantas, Bartrisya terus mencubit abangnya itu.Merah tangan Nazim Afiq.
‘Padan muka,he..he..’katanya dalam hati.
En. Nordin dan isterinya hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
“Betul cakap abang Nazim tu Mak Ngah.Saya setuju 100%.”sindir Hafiza pula.
“Oh…semua orang memang perangkap nak kenakan Isya ye.Tak pe tengoklah esok sure orang ada merisik Isya,”balas Batrisya sambil menuju ke dapur.Tak betah rasanya bila duduk dekat situ lama-lama.
“No hal la kak.Esok kalau ada orang datang merisik kakak,Arul bagi akak 100 ringgit,”laung adik bongsunya pula.’Geramnya aku’
……………………………………………………………………………………………
“Tak nak la mama.Angah malas ar nak ikut mama dengan papa pergi Kedah .Penatlah…”kata Lutfan yang malas mengikut Datin Zahirah ke majlis tahlil kawan lama mamanya itu.
“No excuse my son,Hardi Lutfan.”geram Datin Zahirah dengan perangai anak bujangnya yang seorang itu.
“Adik kan dah ikut mama.Kak long tu tak ikut mama tak pe pulak,”kata Lutfan pada mamanya untuk memohon simpati.
“Kak long kan ada kerja,ada keluarga dia sendiri. Adik kamu memangla ikut mama dengan papa tapi dia kan tak boleh drive,”bidas Datin Zahirah.
“Pak Syuib kan ada.”
“Mama suruh Pak Syuib cuti sebab anak dia daripada Langkawi datang KL.”
“Ye lah.Mama ni suka suruh buat sesuatu yang Angah tak suka,”rajuk Lutfan.
“Angah oii..mama dah banyak excuse dengan kamu.Dulu orang suruh belajar bisnes tak nak,nak belajar medik jugak.Papa minta kamu balik Malaysia lepas habis study belajar nak urus hotel pun tak nak.Sekarang ni mama suruh buat benda kecik pun tak nak,” bidas Datin Zahirah geram dengan perangai anak bujangnya itu.
“Ok,I’m sorry.”
“Tau pun takut,”jeling Datin Zahirah pada anaknya.
wElcOME TO:
Sunday, October 4, 2009
skr 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment