bab 2
Haruman bau Nescafe terus menucuk ke dalam hidungnya.Dia menghirup Nescafe tersebut perlahan-perlahan.Nikmatnya hidup,ngomelnya di dalam hati.Selepas Batrisya meletakkan cawannya,dia mengambil sepotong kuih kegemarannya iaitu kasui dam dimasukkan dalam mulutnya.
Sambil Batrisya enak menjamu selera,dia ternampak teman baiknya,Hafiza dan Adam menuju kearahnya.
“Morning”,ucapknya usai mereka duduk dihadapan Batrisya dengan muka yang berseri-seri. Al-maklumlah orang dah bertunang,memanglah macam ni.Bukannya macam aku ni…bebelnya di dalam hati.
“Morning too.He..he”,jawab mereka berdua serentak.
“Aku tahulah yang korang berdua ni dah bertunang,tapi takkanlah sampai cakap pun kena serentak kot”,gurau Batrisya.
“Alah kau ni orang nak bermesra sikit pun tak boleh kan ayang?”,jawab Adam sambil menunjukkan memek muka kepada Hafiza dan dia menangguk kepala.
“Ngada-ngada,”kata Batrisya sambil menjeling mereka berdua.Seraya dengan itu, mereka bertiga ketawa sehingga bergema di dalam cafĂ©.Selepas itu, Adam bingkas bangun dan pergi ke kaunter untuk membuat pesanan makanan.
“Ha,kau ni apasal tinggalkan aku,nasib baiklah abangku sayang ni nak jemput aku,”tutur Hafiza sambil merajuk ala-ala gurau gitu.
“Manala aku tahu yang kau balik malam tadi.Masa telefon semalam tak nak pulak cakap kat aku.Aku ingatkan kau off hari ni.”jawabnya.
“Sebenarnya aku nak buat surprise untuk kau,Isya.Kau ni dah ok ke belum?”, tanya Hafiza kepada teman baiknya itu.Dia terkejut juga apabila Batrisya memberitahunya bahawa Batrisya dan Danish sudah berpisah dua hari lepas.
“Apa kau ni tanya soalan macam tu,aku dah ok la.Tengok la aku sekarang ni, nampak macam orang bersedih ke?”.
“Aku tahu perasaan kau tu Isya…”.
“Ha…Adam dah sampai pun” ,namun cepat dipintas oleh Batrisya apabila Adam datang sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman.
“Isya kau tunggu sekejap boleh tak?Aku nak kenalkan kau dengan…..”,berhenti percakapan Adam seketika apabila telefon bimbit Batrisya berdering.
Selepas beberapa minit,Batrisya mematikan talian.Dia mengangkat sepuluh jarinya bermaksud dia terpaksa pergi dahulu.
“Sorry,I’ve to go now.Bye..”,Batrisya mengangkat punggung dan terus pergi dari kafe tersebut.
Hafiza dan Adam hanya menggelengkan kepalanya dan terus menikmati sarapan mereka.
…………………………………………………………………………………………
Selepas dua hari dia menjalankan tugas di HUKM,dia berasa selesa dengan persekitaran disini.Hari ni juga merupakan hari pertama Lutfan akan hidup di rumah sewa.Dia ingin berjumpa pemilik rumah itu iaitu Dr. Adam Bukhari di kafe.Dia terus berjalan menuju ke lif.Lambatnya lif ni.ngomelnya di dalam hati.Pintu lif terbuka dihadapannya.Tiba-tiba ada seorang perempuan terus merempuhnya apabila dia ingin memasuki kedalam lif.Ni yang buat aku geram ni!!!bentaknya di dalam hati.
“Hoi,jalan tak nampak orang ke?main rempuh je.Orang lain nak cepat juga”, marah Lutfan terhadap perempuan yang kini sedang menunduk dihadapannya sambil mengutip fail-fail yang terjatuh.Yang paling dia geram lagi,pintu lif dah tertutup.Dah la lama nak tunggu lif ni!
Batrisya bingkas bangun kerana dia geram betul dengan mamat yang dilanggarnya tadi.Bukannya nak tolong orang kutip fail ni,tapi nak marah je kerja dia!!! marah Batrisya di dalam hati.Batrisya terus mengangkat kakinya dari situ kerana banyak kerja yang harus dibereskan.
“Minah ni memang tak ada adab langsungla.Bukan reti nak minta maaf ke apa ke? Ada ke terus pergi macam tu je”,marah Lutfan terhadap perempuan yang melanggarnya tadi.
Bait-bait kata yang diucapkan oleh lelaki yang dilanggarnya tadi kedengaran di telinganya.Batrisya terus mematikan langkahnya.Dia toleh kebelakang dan terus mempercepatkan langkahnya ke lelaki tersebut.Matanya terus mencerlang ke lelaki tersebut.
“Mulut awak ni tak ada insurans ke?sedap-sedap je panggil orang dengan panggilan minah.Lepastu cakap orang tak ada adab pulak.”,geram Batrisya pada lelaki yang kini berhadapan dengannya.
Tanpa membuang waktu Lutfan membalas kata-kata perempuan yang manis bertedung di hadapannya kini.
“Dah memang betul yang saya cakap.Bukannya reti nak minta maaf”.
“Tu pun nak kecoh.Ok,saya minta maaf”,ucap Batrisya dalam nada yang lembut dibuat-buat.
“Cakap pun tak ikhlas”,balas Lutfan.
“Langgar sikit pun nak membebel.Macamlah saya langgar awak tu sampai boleh masuk ICU.”,kata Batrisya sambil menjeling dan terus mengangkat kaki pergi dari situ.
Buang masa aku je mamat ni,ngomelnya di dalam hati.
Dengan perasaan yang geram,Lutfan terus melangkah masuk ke dalam perut lif yang terbuka.
wElcOME TO:
Sunday, October 4, 2009
skr 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment