bab 3
Penatnya hari ini,getus hati Lutfan.Hari ini je dia sudah tiga kali dia masuk ke bilik pembedahan.Khidmatnya sebagai doktor pakar di HUKM amat memerlukan pemerhatiannya dalam kebanyakan pembedahan di HUKM.Dia tidak pernah menyesal dengan jalan yang dipilihnya walaupun ayahnya sering memujuk beliau untuk menabur jasa di Hotel Mirwana sebagai Pengarah Urusan di hotel tersebut.
Tiba-tiba dia teringatkan pada perempuan yang telah melanggarnya pagi tadi. Manisnya dia,cantik pulak tu.Tinggi lampai,langsing,wajah yag bersih.Getusnya di dalam hati sambil memuji ‘minah’ di hospital pagi tadi.
“Buat apa aku ingatkan dia pulak,dahlah tak beradab langsung.Buang masa je ingatkan dia.Baik aku pergi mandi sekarang”,kata Lutfan seorang diri.
………………………………………………………………………………………………
“Lambat balik”,tegur Hafiza usai menjawab salam daripada rakan baiknya itu.Dia berasa simpati pada Batrisya kerana disebabkan Danish,rakannya itu nampak muram memanjang.
“Tak adalah,tadi aku keluar makan sekejap dengan Aqilah”,terang Batrisya sambil menyandakan dirinya di sofa.
“Kau tak keluar makan ke dengan Adam?”.
“Malam ni taklah.Hari ini dia keluar dengan housemate dia yang baru.”,jelas Hafiza pada Batrisya yang kelihatan letih dengan tugas sehariannya sebagai seorang doktor sakit puan.
“Masa bila pulak yang Adam tu ada housemate baru?setahu aku la lepas Faizul keluar daripada rumah tu,tak ada orang baru kan?”,hairan Batrisya.
“Memangla lepas Faizul tu dah tak ada orang baru,tapi hari in doktor baru kat hospital tu nak menyewa dengan si Adam.Tak sempat pun Adam nak suruh kau tunggu,kau dah nak pergi.Dah la handsome”,terang Hafiza sambil memuji abang kesayangannya tanpa pengetahuan Batrisya.
“Whatever,aku nak masuk bilik dulu.Nak mandi lepastu solat”.
“Alright”,balas Hafiza.
………………………………………………………………………………………………
Hisy,geramnya aku dengan ‘mamat’ tadi kat hospital,ngomelnya di dalam hati.Selepas membersihkan diri dan menghadap yang-Esa.,dia terus menyandarkan dirinya di atas katil empuk miliknya sejak setahun lepas sambil membaca novel.Inilah aktiviti kalau esoknya hari minggu.
Tapi ‘mamat’ tu handsome jugak,dahla muka ala-ala Hans Isaac,putih pulak tu. Aku rasa dia tu mesti kacukan.Argh!biarlah dia.Tiba-tiba je kau fikirkan dia buat apa. Mulut dia dah la tak ada insurans,sedap-sedap je dia cakap muka aku yang cantik ni tak ada adab,ngomelnya sendirian di dalam hati.
Batrisya tanpa melengah-lengahkan masanya,dia terus menyambung pembacaannya dengan novel terbaru karya Damya Hanna iaitu ‘Ternyata Cinta’.
Namun kosentrasinya terhadap novel tersebut terganggu apabila nada dering daripada telefon bimbit W580i berbunyi.Hisy…kacau betul!marahnya di dalam hati. Batrisya terus mencapai telefon bimbitnya dan menjawab talian tersebut tanpa melihat pemanggilnya.
“Hello”,sapanya dengan tegas.
“Assalamualaikum kakak,ini ibulah.Apasal garang sangat anak ibu seorang ni?”,tanya ibunya,Puan Anizah lembut.
“Waalaikumussalam,maafkan kakak ya ibu.Tak sengaja.”.
“Kakak ada masalah ke kat tempat kerja?”,soal ibunya yang merangkap sebagai kaunselor dirinya apabila setiap kali ada masalah.
“Mana ada ibu,semuanya ok saja.Kenapa ibu telefon kakak?”,tanya Batrisya untuk melarikan topik supaya Puan Anizah tidak mengesan apa-apa tentang masalah yang dihadapinya.
“Kalau macam tu tak apalah.Ibu nak beritahu kakak,hujung minggu depan ibu dan abah nak buat kenduri arwah adik kamu.Ibu harap kakak dapat balik.”,beritahu Puan Anizah kepada anak keduanya itu.
“Insyaallah,nanti kakak balik”.
“Baiklah.Jangan lupa bawa Hafiza sekali.Dah lama ibu tak jumpa dia.Jaga diri kamu baik-baik.Abah kamu pun kirim salam kat kamu”.
“Waalaikumussalam.Kirim salam kat abah juga ya”.
Selepas Batrisya mematikan talian.Dia teringatkan kepada arwah adik perempuannya iaitu Nur Balqis Alia yang meninggal kerana menghadapi penyakit barah otak dua tahun lepas.Sekarang,Kini Batrisya hanya mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu abangnya,Muhammad Nazim Afiq,adik lelakinya,Muhammad Nazarul Amsyar dan dirinya.Dia tidak betah untuk terus menangis.Dia menyambung kembali pembacaannya.
wElcOME TO:
Sunday, October 4, 2009
skr 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment