Friday, December 25, 2009

skr 5

Majlis tahlil untuk arwah adiknya berjalan dengan lancar. Ramai kenalan ibu dan ayahnya hadir ke majlis tersebut.Selepas majlis bacaan yasin serta tahlil,para tetamu yang hadir dijemput makan makanan yang tersedia yang dimasak oleh ahli keluarganya juga.
Batrisya sempat berkenalan dengan beberapa kenalan ibu dan ayahnya itu.

“Batrisya mari sini kejap,”panggil Pn. Anizah kepada anaknya itu.

“Ya ibu ada apa-apa ke,”Tanya Batrisya sopan sambil tersenyum kepada seorang wanita yang separuh abad itu.

“Ibu nak kenalkan Batrisya dengan kawan ibu,Datin Zahirah.Dia ni kawan BAIK ibu semasa kami belajar di universiti dulu.”

“Assalamualikum datin,”ujar Batrisya lembut sambil menyalami tangan Datin Zahirah.

“Jangan panggil mak cik,datin.Panggil je mama sebab Batrisya pun lebih kurang sama je umurnya dengan anak mak cik.Tak best la panggil datin,bukan majlis formal pun,”

“Baiklah,mana anak ma..mama tak nampak pun,”ujar Batrisya lambat kerana segan memanggil orang yang baru dikenalinya dengan panggilan mama.

“Anak mama yang bongsu tu namanya Zurin Liyana.Dia pergi ke toilet tadi. Anak mama yang sama umur dengan Batrisya tu lelaki,namanya Hardi Lutfan,biasalah dia kan orang lelaki mestilah dengan gang dia”jawab Datin Zahirah lembut.

“Mama.”

Serentak itu Batrisya berpaling melihat siapa gerangannya.’Mungkin ni anak mama kot.Cantik persis mama’ desis hati Batrisya

“Mama nak kenalkan kamu dengan anak mak cik Anizah kamu ni,”

“Nama saya Zurin Liyana.”

“Nama akak Nur Batrisya Amani.Akak rasa akak lebih tua kot daripada Liyana,”

“Maybe…sebab akak ni lebih kurang macam Angah je,”balas Liyana sambil tersenyum.

“Akak ni kerja doctor ke?”
“A’a.”
“Samalah dengan angah.Angah kerja kat HUKM.”
“Akak tak kenal angah liyana tu.Maybe dia orang baru.Memang ada doctor baru kat hospital tu tapi akak belum kenal sebab hari tu akak ada seminar,”
Selepas itu Datin Zahirah dan Pn.Anizah meninggalkan mereka berdua bersembang.Biar mereka beramah mesra.

“Batrisya,”sapa Hafiza sambil tersenyum kepada Liyana.
“Erm..kenapa kau panggil aku?”Tanya Batrisya.
“Macam mana housemate Adam boleh datang rumah kau?”

“Housemate Adam?siapa?mana ada aku jemput datang..kenal pun tidak,”jawab Batrisya kehairanan.

“Betul..nama dia Hardi Lutfan,”jawab Hafiza.

“Maaf kalau saya menyampuk.Hardi Lutfan tu abang saya kak,”kata Liyana yang menyelesaikan kekusutan diantara mereka berdua.


“Oh..tadi mama Liyana ada sebut nama tu.Rupa-rupanya housemate Adam dan anak mama adalah orang yang sama,Hardi Lutfan.”

“Aku ni pelik la Fiza dari tadi semua orang cerita pasal Hardi Lutfan.Mana orangnya aku nak jumpa ar..,”kata Batrisya.

“Tu orangnya kak,”tunjuk Liyana kepada Batrisya.

Kemudian Batrisya menole melihat gerangannya.’Handsome ke?’getus hati Batrisya.

Pada masa yang sama Lutfan menoleh ke belakang.

“Ha….,”terganga Batrisya dan Lutfan apabila mereka bertentang mata.

‘Mamat kurang asam ni Hardi Lutfan.Bencinya!!!!’

‘Minah tak ada adab ni buat apa kat sini?’

“Hai kawan,janganlah pandang mamat tu lama-lama sangat.Adik dia ada kat sini,”usik Hafiza pada rakannya itu.Dia hairan apabila mereka berdua tenung macam nak makan masing-masing je.’Ada apa-apa ke yang berlaku diantara Batrisya dengan Lutfan ni?’getus Hafiza di dalam hati.

“Maaf,tak sengaja,”balas Batrisya sambil pipinya yang sudah kemerah-merahan.

“Tak de apa-apa la kak,”tersenyum Liyana dibuatnya apabila melihat reaksi abangnya dan Batrisya.
Batrisya terus meninggalkan mereka berdua. Hafiza dan Liyana hanya tercengang dengan sikap Batrisya. Masing-masing mentafsir apa yang berlaku sebentar tadi.

Sunday, October 4, 2009

skr 4

Hari ini Batrisya dan Hafiza bersiap-siap pulang ke kampung Batrisya yang
terletak di Kedah.Perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam itu memang memenatkan Batrisya kerana dia mengambil keputusan untuk memandu kereta kesayangannya,Myvi.Al-maklumlah baru bekerja.

Tepat jam 2.00 petang mereka sampai ke destinasi.Sejuk hati kedua ibu bapa Batrisya apabila melihatnya pulang.

“Mak ai…semuanya datang.Pak long,Mak Ngah,Mak Su kau pun datang Isya,!”
“Entah-entah mak kau nak buat kenduri kahwin kau sekali kot”,kata Fiza sambil melihat kawannya yang muncung sedepa.Bukan dia tak tau bahawa Batrisya ni memang ‘hangin’
sikit bila soal kahwin dengan bab lelaki diajukan.

“Mak cik oiii…jaga mulut kau baik-baik sikit.Mesti la ramai orang kata pun majlis arwah..kau ni saje je nak kene karate je dengan aku.,”bidas Batrisya yang sedang menahan geram sambil mengepal-ngepal tangannya itu.

“Relaks la,”balas Hafiza sambil menahan tawanya apabila melihat saja muka rakannya seperti harimau ingin memakan mangsanya.

Tuk!Tuk!.Terkejut mereka apabila muka Pn. Anizah berada di tingkap tempat memandu.Mereka hanya tersengih bila Pn. Anizah memberi isyarat kepada mereka untuk keluar daripada kereta.

“Anak dara dua orang ni…apalah yang dibualkannya di dalam kereta sampai tak sedar dah sampai,”bebel Pn. Anizah usai mereka keluar daripada isi perut kereta Myvi itu.Mereka berdua hanya tersenyum sumbing.

Seraya itu Batrisya terus mendapatkan tangan ibunya dan menyalami tangan itu.
Selepas itu diikuti dengan Hafiza pula yang sudah dianggap sebagai anak kandung Pn. Anizah sendiri.Mereka juga menyalami saudara mara yang ada di situ.

“Batrisya dah makin cantik sekarang,”,kata Mak Ngah.

“Mestilah Mak Ngah,adik saya yang tersayang ni kan doctor sekarang.Lepas ni nak makan nasi minyak dia pulak,”sindir abangnya itu.

Lantas, Bartrisya terus mencubit abangnya itu.Merah tangan Nazim Afiq.
‘Padan muka,he..he..’katanya dalam hati.

En. Nordin dan isterinya hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

“Betul cakap abang Nazim tu Mak Ngah.Saya setuju 100%.”sindir Hafiza pula.

“Oh…semua orang memang perangkap nak kenakan Isya ye.Tak pe tengoklah esok sure orang ada merisik Isya,”balas Batrisya sambil menuju ke dapur.Tak betah rasanya bila duduk dekat situ lama-lama.

“No hal la kak.Esok kalau ada orang datang merisik kakak,Arul bagi akak 100 ringgit,”laung adik bongsunya pula.’Geramnya aku’


……………………………………………………………………………………………

“Tak nak la mama.Angah malas ar nak ikut mama dengan papa pergi Kedah .Penatlah…”kata Lutfan yang malas mengikut Datin Zahirah ke majlis tahlil kawan lama mamanya itu.

“No excuse my son,Hardi Lutfan.”geram Datin Zahirah dengan perangai anak bujangnya yang seorang itu.

“Adik kan dah ikut mama.Kak long tu tak ikut mama tak pe pulak,”kata Lutfan pada mamanya untuk memohon simpati.

“Kak long kan ada kerja,ada keluarga dia sendiri. Adik kamu memangla ikut mama dengan papa tapi dia kan tak boleh drive,”bidas Datin Zahirah.

“Pak Syuib kan ada.”

“Mama suruh Pak Syuib cuti sebab anak dia daripada Langkawi datang KL.”

“Ye lah.Mama ni suka suruh buat sesuatu yang Angah tak suka,”rajuk Lutfan.

“Angah oii..mama dah banyak excuse dengan kamu.Dulu orang suruh belajar bisnes tak nak,nak belajar medik jugak.Papa minta kamu balik Malaysia lepas habis study belajar nak urus hotel pun tak nak.Sekarang ni mama suruh buat benda kecik pun tak nak,” bidas Datin Zahirah geram dengan perangai anak bujangnya itu.

“Ok,I’m sorry.”

“Tau pun takut,”jeling Datin Zahirah pada anaknya.

skr 3

bab 3

Penatnya hari ini,getus hati Lutfan.Hari ini je dia sudah tiga kali dia masuk ke bilik pembedahan.Khidmatnya sebagai doktor pakar di HUKM amat memerlukan pemerhatiannya dalam kebanyakan pembedahan di HUKM.Dia tidak pernah menyesal dengan jalan yang dipilihnya walaupun ayahnya sering memujuk beliau untuk menabur jasa di Hotel Mirwana sebagai Pengarah Urusan di hotel tersebut.
Tiba-tiba dia teringatkan pada perempuan yang telah melanggarnya pagi tadi. Manisnya dia,cantik pulak tu.Tinggi lampai,langsing,wajah yag bersih.Getusnya di dalam hati sambil memuji ‘minah’ di hospital pagi tadi.
“Buat apa aku ingatkan dia pulak,dahlah tak beradab langsung.Buang masa je ingatkan dia.Baik aku pergi mandi sekarang”,kata Lutfan seorang diri.

………………………………………………………………………………………………

“Lambat balik”,tegur Hafiza usai menjawab salam daripada rakan baiknya itu.Dia berasa simpati pada Batrisya kerana disebabkan Danish,rakannya itu nampak muram memanjang.
“Tak adalah,tadi aku keluar makan sekejap dengan Aqilah”,terang Batrisya sambil menyandakan dirinya di sofa.
“Kau tak keluar makan ke dengan Adam?”.
“Malam ni taklah.Hari ini dia keluar dengan housemate dia yang baru.”,jelas Hafiza pada Batrisya yang kelihatan letih dengan tugas sehariannya sebagai seorang doktor sakit puan.
“Masa bila pulak yang Adam tu ada housemate baru?setahu aku la lepas Faizul keluar daripada rumah tu,tak ada orang baru kan?”,hairan Batrisya.
“Memangla lepas Faizul tu dah tak ada orang baru,tapi hari in doktor baru kat hospital tu nak menyewa dengan si Adam.Tak sempat pun Adam nak suruh kau tunggu,kau dah nak pergi.Dah la handsome”,terang Hafiza sambil memuji abang kesayangannya tanpa pengetahuan Batrisya.
“Whatever,aku nak masuk bilik dulu.Nak mandi lepastu solat”.
“Alright”,balas Hafiza.
………………………………………………………………………………………………


Hisy,geramnya aku dengan ‘mamat’ tadi kat hospital,ngomelnya di dalam hati.Selepas membersihkan diri dan menghadap yang-Esa.,dia terus menyandarkan dirinya di atas katil empuk miliknya sejak setahun lepas sambil membaca novel.Inilah aktiviti kalau esoknya hari minggu.

Tapi ‘mamat’ tu handsome jugak,dahla muka ala-ala Hans Isaac,putih pulak tu. Aku rasa dia tu mesti kacukan.Argh!biarlah dia.Tiba-tiba je kau fikirkan dia buat apa. Mulut dia dah la tak ada insurans,sedap-sedap je dia cakap muka aku yang cantik ni tak ada adab,ngomelnya sendirian di dalam hati.

Batrisya tanpa melengah-lengahkan masanya,dia terus menyambung pembacaannya dengan novel terbaru karya Damya Hanna iaitu ‘Ternyata Cinta’.

Namun kosentrasinya terhadap novel tersebut terganggu apabila nada dering daripada telefon bimbit W580i berbunyi.Hisy…kacau betul!marahnya di dalam hati. Batrisya terus mencapai telefon bimbitnya dan menjawab talian tersebut tanpa melihat pemanggilnya.

“Hello”,sapanya dengan tegas.

“Assalamualaikum kakak,ini ibulah.Apasal garang sangat anak ibu seorang ni?”,tanya ibunya,Puan Anizah lembut.

“Waalaikumussalam,maafkan kakak ya ibu.Tak sengaja.”.

“Kakak ada masalah ke kat tempat kerja?”,soal ibunya yang merangkap sebagai kaunselor dirinya apabila setiap kali ada masalah.

“Mana ada ibu,semuanya ok saja.Kenapa ibu telefon kakak?”,tanya Batrisya untuk melarikan topik supaya Puan Anizah tidak mengesan apa-apa tentang masalah yang dihadapinya.

“Kalau macam tu tak apalah.Ibu nak beritahu kakak,hujung minggu depan ibu dan abah nak buat kenduri arwah adik kamu.Ibu harap kakak dapat balik.”,beritahu Puan Anizah kepada anak keduanya itu.

“Insyaallah,nanti kakak balik”.

“Baiklah.Jangan lupa bawa Hafiza sekali.Dah lama ibu tak jumpa dia.Jaga diri kamu baik-baik.Abah kamu pun kirim salam kat kamu”.

“Waalaikumussalam.Kirim salam kat abah juga ya”.

Selepas Batrisya mematikan talian.Dia teringatkan kepada arwah adik perempuannya iaitu Nur Balqis Alia yang meninggal kerana menghadapi penyakit barah otak dua tahun lepas.Sekarang,Kini Batrisya hanya mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu abangnya,Muhammad Nazim Afiq,adik lelakinya,Muhammad Nazarul Amsyar dan dirinya.Dia tidak betah untuk terus menangis.Dia menyambung kembali pembacaannya.

skr 2

bab 2

Haruman bau Nescafe terus menucuk ke dalam hidungnya.Dia menghirup Nescafe tersebut perlahan-perlahan.Nikmatnya hidup,ngomelnya di dalam hati.Selepas Batrisya meletakkan cawannya,dia mengambil sepotong kuih kegemarannya iaitu kasui dam dimasukkan dalam mulutnya.
Sambil Batrisya enak menjamu selera,dia ternampak teman baiknya,Hafiza dan Adam menuju kearahnya.
“Morning”,ucapknya usai mereka duduk dihadapan Batrisya dengan muka yang berseri-seri. Al-maklumlah orang dah bertunang,memanglah macam ni.Bukannya macam aku ni…bebelnya di dalam hati.
“Morning too.He..he”,jawab mereka berdua serentak.
“Aku tahulah yang korang berdua ni dah bertunang,tapi takkanlah sampai cakap pun kena serentak kot”,gurau Batrisya.
“Alah kau ni orang nak bermesra sikit pun tak boleh kan ayang?”,jawab Adam sambil menunjukkan memek muka kepada Hafiza dan dia menangguk kepala.
“Ngada-ngada,”kata Batrisya sambil menjeling mereka berdua.Seraya dengan itu, mereka bertiga ketawa sehingga bergema di dalam cafĂ©.Selepas itu, Adam bingkas bangun dan pergi ke kaunter untuk membuat pesanan makanan.
“Ha,kau ni apasal tinggalkan aku,nasib baiklah abangku sayang ni nak jemput aku,”tutur Hafiza sambil merajuk ala-ala gurau gitu.
“Manala aku tahu yang kau balik malam tadi.Masa telefon semalam tak nak pulak cakap kat aku.Aku ingatkan kau off hari ni.”jawabnya.
“Sebenarnya aku nak buat surprise untuk kau,Isya.Kau ni dah ok ke belum?”, tanya Hafiza kepada teman baiknya itu.Dia terkejut juga apabila Batrisya memberitahunya bahawa Batrisya dan Danish sudah berpisah dua hari lepas.
“Apa kau ni tanya soalan macam tu,aku dah ok la.Tengok la aku sekarang ni, nampak macam orang bersedih ke?”.
“Aku tahu perasaan kau tu Isya…”.
“Ha…Adam dah sampai pun” ,namun cepat dipintas oleh Batrisya apabila Adam datang sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman.

“Isya kau tunggu sekejap boleh tak?Aku nak kenalkan kau dengan…..”,berhenti percakapan Adam seketika apabila telefon bimbit Batrisya berdering.
Selepas beberapa minit,Batrisya mematikan talian.Dia mengangkat sepuluh jarinya bermaksud dia terpaksa pergi dahulu.

“Sorry,I’ve to go now.Bye..”,Batrisya mengangkat punggung dan terus pergi dari kafe tersebut.
Hafiza dan Adam hanya menggelengkan kepalanya dan terus menikmati sarapan mereka.
…………………………………………………………………………………………


Selepas dua hari dia menjalankan tugas di HUKM,dia berasa selesa dengan persekitaran disini.Hari ni juga merupakan hari pertama Lutfan akan hidup di rumah sewa.Dia ingin berjumpa pemilik rumah itu iaitu Dr. Adam Bukhari di kafe.Dia terus berjalan menuju ke lif.Lambatnya lif ni.ngomelnya di dalam hati.Pintu lif terbuka dihadapannya.Tiba-tiba ada seorang perempuan terus merempuhnya apabila dia ingin memasuki kedalam lif.Ni yang buat aku geram ni!!!bentaknya di dalam hati.
“Hoi,jalan tak nampak orang ke?main rempuh je.Orang lain nak cepat juga”, marah Lutfan terhadap perempuan yang kini sedang menunduk dihadapannya sambil mengutip fail-fail yang terjatuh.Yang paling dia geram lagi,pintu lif dah tertutup.Dah la lama nak tunggu lif ni!
Batrisya bingkas bangun kerana dia geram betul dengan mamat yang dilanggarnya tadi.Bukannya nak tolong orang kutip fail ni,tapi nak marah je kerja dia!!! marah Batrisya di dalam hati.Batrisya terus mengangkat kakinya dari situ kerana banyak kerja yang harus dibereskan.
“Minah ni memang tak ada adab langsungla.Bukan reti nak minta maaf ke apa ke? Ada ke terus pergi macam tu je”,marah Lutfan terhadap perempuan yang melanggarnya tadi.
Bait-bait kata yang diucapkan oleh lelaki yang dilanggarnya tadi kedengaran di telinganya.Batrisya terus mematikan langkahnya.Dia toleh kebelakang dan terus mempercepatkan langkahnya ke lelaki tersebut.Matanya terus mencerlang ke lelaki tersebut.
“Mulut awak ni tak ada insurans ke?sedap-sedap je panggil orang dengan panggilan minah.Lepastu cakap orang tak ada adab pulak.”,geram Batrisya pada lelaki yang kini berhadapan dengannya.
Tanpa membuang waktu Lutfan membalas kata-kata perempuan yang manis bertedung di hadapannya kini.
“Dah memang betul yang saya cakap.Bukannya reti nak minta maaf”.
“Tu pun nak kecoh.Ok,saya minta maaf”,ucap Batrisya dalam nada yang lembut dibuat-buat.
“Cakap pun tak ikhlas”,balas Lutfan.
“Langgar sikit pun nak membebel.Macamlah saya langgar awak tu sampai boleh masuk ICU.”,kata Batrisya sambil menjeling dan terus mengangkat kaki pergi dari situ.
Buang masa aku je mamat ni,ngomelnya di dalam hati.
Dengan perasaan yang geram,Lutfan terus melangkah masuk ke dalam perut lif yang terbuka.

Monday, April 6, 2009

bab 1


Jendela yang dari tadi terbuka dia tutup.Hampir dua jam dia tersadai di sebelah jendela tersebut.Kau harus kuat Nur Batrisya Amani.Jangan disebabkan orang lain kau jadi macam ni.Padahal orang lain sedang bergembira.Ngomelnya didalam hati.Tetapi ingatannya pada kenangan pahit yang menjadi sejarah hidupknya terlayar difikiran Batrisya.

“Assalamualaikum.Isya”,salam diberi oleh insan yang pernah disayangi,Danish Idham

“Waalaikumussalam abang”,Batrisya menjawab salam yang dipanggil abang kerana Danish tua dua tahun darinya.

“Kenapa abang telefon Isya malam-malam ni?”.

“Sebenarnya abang ada benda nak cakap dengan IsyaArgh…tentang kita”,ujar Danish lambat.

“Tentang kita?apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok ni?”.

“Abang nak terus terang dengan Isya juga malam ni.Abang tak boleh tangguh lagi.Sebenarnya abang nak cakap,kita sepatutnya clash…”,ujar Danish serba salah.

“Tapi….apa salah Isya bang?”,Batrisya tanya dengan nada yang sedih selepas beberapa minit yang lalu dia berdiam diri untuk menahan sebak di hati.

“Isya tak salah,tapi abang yang salah.”

“Tapi kenapa abang buat keputusan melulu macam ni?”,soal Batrisya dalam keadaan teresak-esak.Dia rasa tidak boleh lagi membendung rasa sedih apabila orang yang pertama yang disayanginya berkata begitu.

“Sebenarnya abang…… di..ditangkap khalwat semalam”,akhirnya Danish memberitahu rahsia yang disembunyikan daripada Isya.

“tup..tup…”,Batrisya tidak dapat membendung lagi rasa kesedihannya dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi daripada orang yang tersayang.Lantas dia terus meletakkan telefon.

Batrisya terus terjaga daripada lamunannya apabila ada nada dering daripada telefon bimbitya berkumandang lagu penyanyi yang kian popular iaitu Aizat AF5,Hanya Engkau Yang Mampu.Dia terus mencapai telefon bimbitnya diatas katil.

“Waalaikumussalam”,jawab Batrisya apabila rakan karibnya memberi salam iaitu Nur Hafiza.Hafiza merupakan rakan baiknya sejak Batrisya melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia di dalam bidang perubatan.

“Isya kau ok tak sekarang?”,tanya Hafiza dalam keadaan yang bimbang.

“Ok la.Kau jangan la risau aku dah nak tidur.Esok aku nak pergi kerja”,ujar Batrisya supaya Hafiza tidak risau dengan keadaannya kerana Hafiza dan tunangnya merangkap teman baiknya juga iaitu,Ahmad Adam Bukhari sudah tahu akan hal ini.Batrisya berasa terkilan sedikit kerana dia tidak dapat hadir ke majlis tahlil di kampung Hafiza kerana di saat-saat genting ada emergency case di hospital.

“Ye ke?oklah kalau macam tu aku tak nak kacau kau..assalamualaikum,sweet dream.See you tomorrow”,

“Waalaikumussalam,sweet dream to you too.”,Batrisya terus memutuskan talian.

Batrisya terus meletakkan kepala di atas bantal yang empuk itu selepas beberapa hari ini dia tidak dapat melelapkan matanya dengan lena.Perpisahan ini bagai membunuh dirinya sendiri apabila dia mendapat tahu kawan baiknya semasa bersekolah dulu telah ditangkap khalwat dengan kekasih hatinya sendiri.Betapa kecewanya Batrisya ketika itu.

Tuesday, March 31, 2009

sedetik ku rasakan 1

bab 1

Jendela yang dari tadi terbuka dia tutup.Hampir dua jam dia tersadai di sebelah jendela tersebut.Kau harus kuat Nur Batrisya Amani.Jangan disebabkan orang lain kau jadi macam ni.Padahal orang lain sedang bergembira.Ngomelnya didalam hati.Tetapi ingatannya pada kenangan pahit yang menjadi sejarah hidupknya terlayar difikiran Batrisya.

“Assalamualaikum.Isya”,salam diberi oleh insan yang pernah disayangi,Danish Idham

“Waalaikumussalam abang”,Batrisya menjawab salam yang dipanggil abang kerana Danish tua dua tahun darinya.

“Kenapa abang telefon Isya malam-malam ni?”.

“Sebenarnya abang ada benda nak cakap dengan IsyaArgh…tentang kita”,ujar Danish lambat.

“Tentang kita?apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok ni?”.

“Abang nak terus terang dengan Isya juga malam ni.Abang tak boleh tangguh lagi.Sebenarnya abang nak cakap,kita sepatutnya clash…”,ujar Danish serba salah.

“Tapi….apa salah Isya bang?”,Batrisya tanya dengan nada yang sedih selepas beberapa minit yang lalu dia berdiam diri untuk menahan sebak di hati.

“Isya tak salah,tapi abang yang salah.”

“Tapi kenapa abang buat keputusan melulu macam ni?”,soal Batrisya dalam keadaan teresak-esak.Dia rasa tidak boleh lagi membendung rasa sedih apabila orang yang pertama yang disayanginya berkata begitu.

“Sebenarnya abang…… di..ditangkap khalwat semalam”,akhirnya Danish memberitahu rahsia yang disembunyikan daripada Isya.

“tup..tup…”,Batrisya tidak dapat membendung lagi rasa kesedihannya dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi daripada orang yang tersayang.Lantas dia terus meletakkan telefon.

Batrisya terus terjaga daripada lamunannya apabila ada nada dering daripada telefon bimbitya berkumandang lagu penyanyi yang kian popular iaitu Aizat AF5,Hanya Engkau Yang Mampu.Dia terus mencapai telefon bimbitnya diatas katil.

“Waalaikumussalam”,jawab Batrisya apabila rakan karibnya memberi salam iaitu Nur Hafiza.Hafiza merupakan rakan baiknya sejak Batrisya melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia di dalam bidang perubatan.

“Isya kau ok tak sekarang?”,tanya Hafiza dalam keadaan yang bimbang.

“Ok la.Kau jangan la risau aku dah nak tidur.Esok aku nak pergi kerja”,ujar Batrisya supaya Hafiza tidak risau dengan keadaannya kerana Hafiza dan tunangnya merangkap teman baiknya juga iaitu,Ahmad Adam Bukhari sudah tahu akan hal ini.Batrisya berasa terkilan sedikit kerana dia tidak dapat hadir ke majlis tahlil di kampung Hafiza kerana di saat-saat genting ada emergency case di hospital.

“Ye ke?oklah kalau macam tu aku tak nak kacau kau..assalamualaikum,sweet dream.See you tomorrow”,

“Waalaikumussalam,sweet dream to you too.”,Batrisya terus memutuskan talian.

Batrisya terus meletakkan kepala di atas bantal yang empuk itu selepas beberapa hari ini dia tidak dapat melelapkan matanya dengan lena.Perpisahan ini bagai membunuh dirinya sendiri apabila dia mendapat tahu kawan baiknya semasa bersekolah dulu telah ditangkap khalwat dengan kekasih hatinya sendiri.Betapa kecewanya Batrisya ketika itu.

Friday, March 20, 2009

luahan rasa

dah lame aku terikirkan nak wat s2 blog khas 4 my imagination 'sedetik ku rasakan'.
insyaallah dlm mase terdekat ni aku akn try masukkan entry psal citer ak....

Love is...
© Paparan Luahan Hati.. - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace - Blogger Styles