Majlis tahlil untuk arwah adiknya berjalan dengan lancar. Ramai kenalan ibu dan ayahnya hadir ke majlis tersebut.Selepas majlis bacaan yasin serta tahlil,para tetamu yang hadir dijemput makan makanan yang tersedia yang dimasak oleh ahli keluarganya juga.
Batrisya sempat berkenalan dengan beberapa kenalan ibu dan ayahnya itu.
“Batrisya mari sini kejap,”panggil Pn. Anizah kepada anaknya itu.
“Ya ibu ada apa-apa ke,”Tanya Batrisya sopan sambil tersenyum kepada seorang wanita yang separuh abad itu.
“Ibu nak kenalkan Batrisya dengan kawan ibu,Datin Zahirah.Dia ni kawan BAIK ibu semasa kami belajar di universiti dulu.”
“Assalamualikum datin,”ujar Batrisya lembut sambil menyalami tangan Datin Zahirah.
“Jangan panggil mak cik,datin.Panggil je mama sebab Batrisya pun lebih kurang sama je umurnya dengan anak mak cik.Tak best la panggil datin,bukan majlis formal pun,”
“Baiklah,mana anak ma..mama tak nampak pun,”ujar Batrisya lambat kerana segan memanggil orang yang baru dikenalinya dengan panggilan mama.
“Anak mama yang bongsu tu namanya Zurin Liyana.Dia pergi ke toilet tadi. Anak mama yang sama umur dengan Batrisya tu lelaki,namanya Hardi Lutfan,biasalah dia kan orang lelaki mestilah dengan gang dia”jawab Datin Zahirah lembut.
“Mama.”
Serentak itu Batrisya berpaling melihat siapa gerangannya.’Mungkin ni anak mama kot.Cantik persis mama’ desis hati Batrisya
“Mama nak kenalkan kamu dengan anak mak cik Anizah kamu ni,”
“Nama saya Zurin Liyana.”
“Nama akak Nur Batrisya Amani.Akak rasa akak lebih tua kot daripada Liyana,”
“Maybe…sebab akak ni lebih kurang macam Angah je,”balas Liyana sambil tersenyum.
“Akak ni kerja doctor ke?”
“A’a.”
“Samalah dengan angah.Angah kerja kat HUKM.”
“Akak tak kenal angah liyana tu.Maybe dia orang baru.Memang ada doctor baru kat hospital tu tapi akak belum kenal sebab hari tu akak ada seminar,”
Selepas itu Datin Zahirah dan Pn.Anizah meninggalkan mereka berdua bersembang.Biar mereka beramah mesra.
“Batrisya,”sapa Hafiza sambil tersenyum kepada Liyana.
“Erm..kenapa kau panggil aku?”Tanya Batrisya.
“Macam mana housemate Adam boleh datang rumah kau?”
“Housemate Adam?siapa?mana ada aku jemput datang..kenal pun tidak,”jawab Batrisya kehairanan.
“Betul..nama dia Hardi Lutfan,”jawab Hafiza.
“Maaf kalau saya menyampuk.Hardi Lutfan tu abang saya kak,”kata Liyana yang menyelesaikan kekusutan diantara mereka berdua.
“Oh..tadi mama Liyana ada sebut nama tu.Rupa-rupanya housemate Adam dan anak mama adalah orang yang sama,Hardi Lutfan.”
“Aku ni pelik la Fiza dari tadi semua orang cerita pasal Hardi Lutfan.Mana orangnya aku nak jumpa ar..,”kata Batrisya.
“Tu orangnya kak,”tunjuk Liyana kepada Batrisya.
Kemudian Batrisya menole melihat gerangannya.’Handsome ke?’getus hati Batrisya.
Pada masa yang sama Lutfan menoleh ke belakang.
“Ha….,”terganga Batrisya dan Lutfan apabila mereka bertentang mata.
‘Mamat kurang asam ni Hardi Lutfan.Bencinya!!!!’
‘Minah tak ada adab ni buat apa kat sini?’
“Hai kawan,janganlah pandang mamat tu lama-lama sangat.Adik dia ada kat sini,”usik Hafiza pada rakannya itu.Dia hairan apabila mereka berdua tenung macam nak makan masing-masing je.’Ada apa-apa ke yang berlaku diantara Batrisya dengan Lutfan ni?’getus Hafiza di dalam hati.
“Maaf,tak sengaja,”balas Batrisya sambil pipinya yang sudah kemerah-merahan.
“Tak de apa-apa la kak,”tersenyum Liyana dibuatnya apabila melihat reaksi abangnya dan Batrisya.
Batrisya terus meninggalkan mereka berdua. Hafiza dan Liyana hanya tercengang dengan sikap Batrisya. Masing-masing mentafsir apa yang berlaku sebentar tadi.
wElcOME TO:
Friday, December 25, 2009
skr 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment